Monday, June 16, 2008

TEMPAHAN

TERMA DAN SYARAT TEMPAHAN
Untuk membuat tempahan, anda cuma perlu menghubungi kami melalui telefon atau email. Anda juga boleh datang ke tempat kami untuk melihat sendiri koleksi kami dan membuat tempahan. Sila nyatakan jenis barangan yang dipilih, kuantiti (minimum 100), warna tema dan tarikh majlis anda. Tempahan khas untuk meja pengantin boleh dirunding (kuantiti bawah 50 unit).
Seboleh-bolehnya, buatlah tempahan lebih awal untuk memastikan anda berpuas hati dengan barangan yang anda terima. Pembayaran deposit diperlukan bagi setiap tempahan sebanyak 40% daripada harga pembelian dan selebihnya perlu dibayar semasa anda datang mengambil tempahan tersebut. Sekiranya anda meminta kami menghantarkan barangan kepada anda, baki bayaran hendaklah dimasukkan ke dalam akaun kami 2 hari sebelum barangan tersebut di hantar.
Walau bagaimanapun, kami memahami sekiranya anda mempunyai sebarang kesulitan atau masalah. Semuanya boleh dibincangkan, termasuk menambah diskaun lagi (bagi tempahan 1000 ke atas).
Sebarang kemusykilan, sila hubungi:
012-6370637 / 012-2164093
atau

No comments: